Review New Althea Makeup

Hi korangg iris nak share tentang produk dari Althea.. sekarang Althea dah keluarkan produk makeup diorang sendiri... wowww punyela excited tunggu produk makeup dari Althea ni hihii...


So kat dalam box ni ada 5 jenis barang.. ok nanti iris share satu2 produk ni ok.. ape yang best semua produk mekap dari althea ni smua menarik kaler liptint dia memang cun..


Skin Relief Spot Film Gel

Ok cara guna skin relief ni mula2 pastikan kulit dah cuci bersih.. kemudian picitkan sedikit skin relief spot film gel ni di kawasan yang dikehendaki.. sapu secara nipis sahaja.
Fungsi dia untuk menutup kesan jerawat atau kesan2 yang tidak diingini pada kulit.

Flawless Creamy Concealer

Cara guna flawless creamy concealer ni pula adalah untuk menutup masalah mata panda haha.. just sapu je kat kawasan yang kita nak tutup kesan2 hitam atau jerawat.. kemudian ratakan dengan jari atau sponge.


Spotlight Eye Glitter

Kalau nak hasilkan mekap bahagian mata untuk kelihatan kilat2 tu boleh la guna spotlight eye glitter ni.. cantik sangat mudah blend.. dan senang pakai.



Water Colour Cream Tint

Ok ni paling best.. ade 4 colour yg cantik.. ini untuk buatkan bibir kite kelihatan juicy dan lembab.. warna tahan lama di bibir. Bukan tu je bila pakai creamtint ni bibir kite akan nampak glossy dan lebih menarik.


Sunrise & Moonrise Eye Pallet by BCL x A

Makeup pallet ni kaler dia memang cantik2. Inspired dari artis indonesia terkenal bunga citra lestari x Althea.. ada lapan kaler yang cantik. Ade effect glitter.

Kat bawah ni korang boleh tengok video tutorial mekap menggunakan semua produk diatas ni .




So kalau korang nak dapatkan semua produk dia atas ni korang boleh cari kat web ni search je nama produk diatas.. jangan risau harga semua mampu milik.. untuk pelanggan kali pertama pun ade diskaun tau..

https://my.althea.kr

1 comment

  1. COncealer tu nmpk mcm best..eye glitter pun sama..nti nak terjah website althea..hee

    ReplyDelete