resepi masakan ayam untuk sahur

Ayam masak kicap

bahan-bahan

1 ekor ayam
1 biji bawang besar
3 biji cili merah hidup
2 sudu besar cili giling
sedikit lada hitam
rempah penumis (kayu manis,buah pelaga,bunga lawang)

bahan untuk kuah kicap

4 sudu kicap pekat 
4 sudu kicap manis 
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram

bahan untuk kisar

1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

cara penyediaan

1. panaskan minyak dan tumis remoah penumis bersama bahan- bahan kisar tadi sehingga naik bau.. kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.

2. masukkan semua bahan untuk kuah kicap kacau sebati dan masukkan sdikit air

3. setelah masak masukkan ayam (goreng separuh masak) dan masukkan cili hijau/merah hidup lada hitam tadi.. bawang besar untuk hiasan.



Ayam paprik

1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil
4 biji bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar
1 batang serai
5 biji cili padi (dipotong halus)

2 biji limau kasturi diambil jus sahaja
3 helai daun limau purut
2 biji tomato
bunga kobis,kacang panjang, carrot dan jagung muda
sedikit sos tomato
sos cili
sos tiram
kicap manis
serbuk perasa

cara 
panaskan kuali, gorengkan ayam separuh masak masukkan bawang merah baeang putih dan ciki padi yang ditumbuk.. kacau garing masukkan sos cili,tomato,tiram,kicap manis dan perasa biarkan sampai mendidih masukkan sator2 dan tomato dan biarkan didih sekejap. last sekali perahkan sdikit limau kasturi.





20 comments

  1. Good sharing. Nnt nk cuba la. Asyik ayam goreng jer๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  2. Wahhh rajinnya. Terima kasih share resipi ni nanti boleh la cuba masak ikut resipi yang dikongsi ni. Hehe so hari ni dah tau la nak masak apa ekekek.. thanks

    ReplyDelete
  3. Ya Auloh. Pepagi buka pula resepi ayam goreng. Nampak gaya kena cari la petang kang. Hahaha. Rawlins tak pandai masak, pandai makan je hehehe

    ReplyDelete
  4. Betul sis, dua menu ni paling senang dalam dunia nak buat. Ayam paprik lagi simple sbb tak payah goreng ayam tu lagi.

    ReplyDelete
  5. Menu paling mudah nak buat..dicampak- campak jer bahanya maka jadilah ia..hehehe..menu paling laku bila time sahur..dah repeat banyak kali atas permintaan..laju je abis sebab masak panas- panas

    ReplyDelete
  6. ni ayam masak apa ni? hhaha senang je. kalau makan dengan nasi panas ni fuhhh confirm terangkat weh marvelessssss

    ReplyDelete
  7. Alahai.. Nampak mudah-mudah belaka. Tapi, hidup bujang kan.. Selalunya saya dan roommate beli makanan bungkus dan panaskan waktu sahur sebab biasanya pun bangun agak lewat juga. Haha. Tapi yang penting menu2 tu semua nampak sedap!

    ReplyDelete
  8. Usually Chinese style is the sweet type and cook with ginger. I have not try the spicy type. This week will try your recipes.

    ReplyDelete
  9. terliur tengok juadah ni..baru minggu lepas buat ayam masak hita

    ReplyDelete
  10. ayam masak kicap mmg fav....blum masak lg menu ni utk bln ramadhan..akan masak nanti..selamat berpuasa

    ReplyDelete
  11. Thanks for the resipi. Selalu juga buat masak kicap ni sebab senang. Paprik jarang buat sebab selalu tak cukup bahan ☺

    ReplyDelete
  12. Okay lia nak simpan resepi ni nak follow bila masak menu berbuka nanti. Suka juga masakan ayam ni. Nak Cuba juga kat rumah.

    ReplyDelete
  13. sedapnya untuk bersahur. makan beria jugak ni siap masak ayam hehehehe...tapi sebab caranya mudah tu yg blh buat sahur ya kan..

    ReplyDelete
  14. Sis kalau bersahur memang malas nak masak, makan je hidangan berbuka kalau ada, kalau tak ada, minum je susu..hehehe..nak berdiet lah katakan...:D

    ReplyDelete
  15. mudahnya bila tengok org share2 resepi. selalu kita terbayang susah benor nak masaknya, padahal simple je. okay buka puasa nanti sy nak cuba try masak guna resepi nie. thanks ya sharing recipe nie

    ReplyDelete
  16. Nampak menyelerakan . Nanti nak cubalah resepi ni. Terima kasih sudi kongsi.

    ReplyDelete
  17. Mudahnya resepi dia. Boleh cuba buat untuk hasben nanti ni. Mesti dia suka lauk macam ni. Terima kasih share resipi.

    ReplyDelete
  18. Thanks for sharing, this looks easy enough for me achieve but I think I will leave out the chili and make a non spicy version.

    ReplyDelete
  19. dua2 menu ni ciktom suka masak dan makan tapi suami ciktom kurang suka pulak. jadi agak jarang masak..menu yang simple dan mudah untuk masak time sahur kan.

    ReplyDelete
  20. dua resepi nak selalu buat sebab mudah dan sedap.
    JanjiKita

    ReplyDelete