Resepi Siakap Steam Halia Noxxa

Hii nak kongsi resepi yang sedap dan sangat mudahhh.. Semudah abc hihi.. Kalau time malas2.. Boleh try masak ikut resepi ni main campak2 je uols..  Da la tu sihat plk sbb steam je kan.. Tkde minyak2 tau.. Sape yg diet pun bole try..

Sis diet ke x diet pun sama je smua sis bedal haha.. Ok la ni resepinye ye..

Siakap steam noxxa

Bahan2 : 

  • 1 ekor ikan siakap (saiz sederhana)
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 2 sudu besar air limau kasturi
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 inci halia (hiris)
  • 2 batang serai (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 3 tangkai cili padi (hiris)
  • Sedikit air (jika perlu)
  • Tomato ceri

Cara-cara:

  1. Gaulkan ikan dengan garam dan gula secukupnya.
  2. Ratakan air limau, sos ikan dan sos tiram pada ikan.
  3. Masukkan kesemua bahan yang dihiris dan sedikit air jika perlu.
  4. Kukus selama 15 minit.
  5. Buka penutup kukus dan masukkan tomato. Kukus lagi lebih kurang 5 minit.
  6. Iris guna noxxa so ltak button dekat steam dan set masa lebih kurang 7 minit.
Campak je smua dalam periuk







15 comments

  1. Adess..kita de periuk ngn pengukus noxxa..tp xpakai lg..xreti..umm..terliur lak nk masak ikan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try sis.. Snang sgt kan ade noxxa.. Hihi

      Delete
  2. boleh la try resepi ni...aritu akk buat pahittt...nape ekk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pahit terlebih apa la tu erk.. Serai x.. ??

      Delete
  3. Macam menyesal buka😭😭😭😭😭😭 nak g cari ikan siakap lah nak masak juga. Lapar lapar. Lapar . Lapar. Sedapnya ikan siakap steam tuuu

    ReplyDelete
  4. 😂😂 moh ke dapo kite sis..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya...kebetulan ada ikan siakap dalam peti. Boleh la guna resepi ni untuk masak. Asik 3 rasa je...hihi

    ReplyDelete
  6. Wah senangnye masak siakap steam guna periuk noxxa ni.. Boleh try resepi ni.. Nnt

    ReplyDelete
  7. Healthy food ni. Senang nak masak. Tapu bila ada noxxa lagi lah bertambah senang. Minat juga nak beli noxxa ni tapi kena isi tabung dulu.

    ReplyDelete
  8. Wah ni resepi diet ni boleh lah cuba nanti.

    ReplyDelete
  9. wow bestnya noxxa. macam2 boleh masak.

    ReplyDelete
  10. Lamanya AS tak makan ikan siakap. Seriously lama gila dah.
    Rasanya last makan masa mengandungkan anak first dulu. and it was 5 years ago~ wow!

    ReplyDelete
  11. Menarik la periuk noxxa ni .CCL kena dapatkan juga satu kat umah . Sebab ramai yg feedback macam2 resepi boleh masak dalam periuk ni

    ReplyDelete
  12. Senangnya guna noxxa je ye..

    ReplyDelete
  13. Banyak kegunaan periuk Noxxa ni kan..memudahkan dan cepat serta boleh buat makanan sihat..

    ReplyDelete