}); Resepi Sambal Udang Meletop - SHARING TO SOMEONE I LOVE

Resepi Sambal Udang Meletop

by - April 16, 2018

Assalammualaikum, selamat malam.. Malam ni iris rasa nak kongsi resepi sambal udang meletop hihii.. Sedap makan dengam nasi putih apatah lagi kalau di makan dengan nasi lemak.. Silap-silap 3 pinggan sekali jalan.. 
Setiap orang ada resepi dan cara berbeza untuk memasak sambal udang.. Betul tak? Ikut tekak masing-masing kan.. Tapi pada iris resepi ni agak menarik dan mudah untuk di cuba.  
Iris setiap kali nak memasak sambal udang ni, iris selalu google dulu resepi, banyak jugak da try resepi dari google... Semua rasa lebih kurang je kan.. 
So kalau korang nak try resepi ni silakan ye.. Try la mana tau kena dengan selera korang pulak hihiii.. Selamat mencuba ye rakan-rakan alam maya ku... Love uolss

BAHAN-BAHAN:
1 kilo udang sederhana besar
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
2 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN DIKISAR HALUS:

10biji cili kering - boleh ditambah
5 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar/grill

CARA MEMASAK :

1) Udang di bersihkan kemudian ditos dan ketepikan dulu.

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

3) Masukkan udang , bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api . Udang ni akan keluarkan sedikit air so tak perlu tambah air untuk kuah xtra.

Sambal udang meletop
Sambal udang meletop


You May Also Like

4 comments

  1. kALAU LETAK PETAI LAGI MELETOP KEBABOM TU TAU...HEHEHEHE....

    ReplyDelete
  2. Fuyoo mmg meletop oo.. confirm sedap
    Ni

    ReplyDelete
  3. Senang je kan nak sediakan tapi Rawlins memang tak berapa bijak nak memasak -maka Rawlins akan share dengan adik, biar dia masakkan. Hehe.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya... Lama Tak buat sambal udang...

    ReplyDelete