}); Ancasa Royale Pekan Pahang, Buffet Ramadhan 2018 - SHARING TO SOMEONE I LOVE

Ancasa Royale Pekan Pahang, Buffet Ramadhan 2018

by - April 13, 2018

Haiii tak lama je lagii da nak masuk bulan ramadhan, bila bulan ramadhan ni automatik pening nak pikir masak ape untuk juadah berbuka kan?? Hah uols tak payah pening-pening sekali sekala hujung minggu tu ape kata bawa family korang pergi buffet ramadhan.. 
Korang yang duduk area pahang hah ni iris nak kongsi satu tempat best, banyak pilihan makanan dan yang penting harga yang berbaloii dengan pilihan makanan yang sangat banyak.
Korang boleh try buffet ramadhan kat hotel ancasa royale pekan pahang ni tau.. Memang best yang duduk jauh pulak boleh menginap kat hotel ni sebab ade pakej berbaloi untuk korang grab.  Nanti iris kongsi kan.. 
Sekarang ni iris nak kongsi antara menu yg ancasa hotel pekan sediakan untuk bulan puasa ni tau... Sure korang terliur punya wehhh.. 


Ancasa royale pekan pahang

Live band

Ikan patin masak tempoyak

Dessert
Gulai daging kawah

Murtabak


Kambing golek



Variasi air minuman

Seafood shellout

Buah- buahan segar

Kambing panggang

Aneka jeruk

Satey

Opor daging

Pakej bilik di ancasa royale

Bersempena dengan Ramadan, Ancasa Royale telah memilih tema "kampung boy" bersesuaian dengan kempen mereka iaitu "Stay,Dine & Win" yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018.
Untuk Buffet Ramadan ini, terdapat lebih 120 menu masakan antaranya Seafood Kandar ala Ancasa Royale, Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Kawah,Daging Opor Pahang, Kambing Golek Chef Pak Tam, Satay, Pelbagai jenis kerabu, Daging Salai Masak Lemak, Ayam Panggang Bermadu, Ikan Bawal Berlada, Lala Masak Daun Selasih, Sambal Tumis Ikan Bilis Terung Pipit, Kailan Goreng Ikan Masin dan pelbagai lagi.
Naib Presiden Kanan Ancasa Hospitaliti, Encik Shah Azam Khan menyatakan pada tahun ini, mereka akan mengekalkan konsep gerai dan Live Cooking dimana ada 8 gerai yang dihias bertemakan Kampung Boy dengan harapan pelanggan dapat merasai "homely Dining Experience" ketika mereka berbuka puasa disini.
Ancasa Royale juga menawarkan harga yang murah iaitu RM58 kepada pelanggan mereka yang membeli baucer sebelum 12 Mei 2018. Manakala harga selepas itu akan dikenakan RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak.



Sedikit info tentang Ancasa Hotels & Resort, hotel ini adalah rangkaian hotel milik UDA Holdings Berhad ( UDA ) yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu dan Seremban. Antara hotel-hotel tersebut adalah Ancasa Hotel & Spa, Ancasa Express @ Pudu di Kuala Lumpur, Ancasa Residences Port Dickson, Kuala Terengganu Golf Resort ( KTGR ) dan Ancasa Royale Pekan, Pahang.

Jika korang ingin membuat tempahan dan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh terus menghubungi Ancasa Royale di


Telefon : 03 2026 6060


You May Also Like

11 comments

  1. Fuhhh macam macam makanan ada, memang berbaloi gini :)

    ReplyDelete
  2. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  3. Bestnya tengok gamabr tu. Terliur pula..hahaha

    ReplyDelete
  4. tak boleh move on dengan kambing golek n kek2 ancasa ni :)

    ReplyDelete
  5. Memang sedap hidangan yang ada di ancasa hotel ni..cuma saya tak berpeluang nak pergi yang Pekan..hari tu sempat review yang kat KL ni je

    ReplyDelete
  6. fuh.. kambing panggang dengan satay tu favourite TB tuu.. Tak oernah pi lagi Ancasa Royal Pekan Pahang ni.. sebab jauh ke sana kan.. kalau ada rezeki ke sana.. boleh la merasa ni

    ReplyDelete
  7. Barisan juadah yang disediakan sangat menarik perhatian dan selera - memang best kan konsep Kampung Boy begini - mesti ada yang tak pandang kiri kanan kalau dapat juadah sebegitu kan

    ReplyDelete
  8. Kalau dah namanya di Pahang, memang wajiblah ada Patin masak tempoyak tu kan hehe..sedapnyaa tgk semua lauk2 tu..berbaloi2 πŸ‘πŸΏπŸ˜

    ReplyDelete
  9. ramadan month really a blessed holy month with loads of food. so nice can have ramadan buka puasa with friends and family together. this place really have good food ya.. drooling to the max now..

    ReplyDelete
  10. Every year, my favourite time is always Ramadhan time! I love how these traditional Malaysian cuisines reveal themselves time berbuka puasa! It's the best time of the year for every foodie to truly enjoy real Malaysian delights!

    ReplyDelete