Sinopsis Kecoh! Primadona Kena Hantu

by - October 05, 2017


Kecoh! Primadona Kena Hantu

Sebuah produksi sedang menjalankan penggambaran cerita seram di sebuah rumah banglo. Sejak dari awal penggambaran lagi mereka berdepan masalah kerana terpaksa menunggu kehadiran pelakon veteran primadona Khaty ke set. Malah pengarah juga tiba lewat berikutan neneknya baru meninggal dunia. Apa yang membimbangkan pengarah adalah dia telah menerima sesuatu daripada neneknya sebelum meninggal dunia dan ia berkemungkinan saka neneknya. Ketika penggambaran pelbagai kejadian aneh berlaku sehingga Khaty jatuh pengsan dan mereka menyangka dia telah dirasuk oleh saka nenek pengarah itu.

Bahasa: Melayu
Sarikata: Na
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2016
Genre: Komedi / Seram
Durasi: 2 Jam 2 Minit
Pengedar: Rainfilm Sdn Bhd
Pelakon: Kamal Adli, Kamarul Yusoff, Khatijah Tan, Abam, Amir Raja Lawak
Pengarah: Pierre Andre
Format: 2D

Macam best je kan cerita ni.. Kelakar seram.. Tengok barisan pelakon pun best-best jugak.. Biasa kalau pierre andre punya citer boleh tahan seram jugak weyh.. Teringat cerita jangan pandang belakang congkak.. Seram+ade scene2 lawak lakonan ruminah sidek.. Suke citer tu..
Ni tambah plk ade amir dan abam.. Confirm lawak ni.. Jom serbu pawagam 13 oktober 2017 untuk saksikan cerita ni.. Jom support filem/pengarah melayu kite ni.. 

Byeee uols..


You May Also Like

4 comments

  1. Tengok poster pun dah seram.. tabahkan la hatiku untuk melihat cerita ini

    ReplyDelete
  2. ni kalau layan kat pawangam baru best heheh eh dah mula tayanglah!

    ReplyDelete