Sinopsis Drama Titian Cinta TV 3

by - October 05, 2017

Sekarang kan tengah meletop2 drama ni kat tv3.. Ramai laa yang terpegun dengan kisah cinta aisy dan Harris.. 
Macam2 konflik aisy dan harris ni.. Seronok jugak ngadap zul ariffin ni.. Tapi jarang2 jugak ngadap sebab tayangannye time maghrib.. Selalu la terlepas nasib baik ade pvr boleh la layan malam2 time anak dah tido.. Huhuu


Ni sinopsis dia.. Jom baca sape yang tak sempat nak layan lagi tu..

SINOPSIS TITIAN CINTA 
Aisy dan Danial berkawan sejak mereka tinggal di kampung lagi sementara Aisy dan Sofea pula telah menjadi kawan baik di kolej. Danial amat meminati Sofea sehingga dia sanggup membuat apa-apa sahaja yang Sofea inginkan, walaubagaimanapun Danial bukanlah ciri lelaki yang dicari Sofea. Sementara itu, Sofea cuba memenangi hati Harris dengan bantuan ibu Harris, Puan Sri Nora. Danial yang cemburu mengambil keputusan untuk menculik Sofea. Namun sebaliknya, Aisy yang diculik. Aisy berjaya melepas diri dan terserempak dengan Ryan meminta pertolongan.

Hubungan Ryan dan Aisy menjadi lebih rapat selepas insiden tersebut dan Ryan telah melamar Aisy untuk menjadi tunangnya. Sofea mula cemburu dengan hubungan mereka berdua. Dia menganggap bahawa dirinya lebih bagus daripada Aisy selama ini. Pada suatu hari, Aisy telah mendapat berita bahawa tunangnya itu telah ditangkap khalwat dengan Sofea, Aisy tergamam.

Hati Aisy hancur berkecai. Harris telah memutuskan pertunangannya dengan Sofia. Aisy juga membuat keputusan yang sama. Hajah Mariam amat bimbang dengan emosi Aisy dan memaklumkan bahawa cucunya Harris akan dikahwinkan dengan Aisy.

.....

Kisah percintaan antara Rahadatul Aisy (Farah Nabilah) dan Umayr Harris (Zul Ariffin). Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di kota London. Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya.

Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya itu.

Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang.

Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumahtangga pasangan ini sekali lagi. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris kepada asal. Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.

Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula?

GAMBAR PELAKON 
Titian Cinta

Pelakon Titian Cinta


You May Also Like

7 comments

  1. Uyul layan cerita nih sebab Aisy tuh cantikk betul. Dan yang pentinggggg ada abe kite Zul Ariffin! Hahaha
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  2. selamat menonton ;)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. boleh tahan cerita ni..singgah lokmanamirul.com.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum iris.
    aida blogwalking td. landing here pasal drama ni :)
    done follow iris.

    tu la. waktu nyer tu mcm kurang sesuai kan.
    tak dpt nak concentrate. masa ni la nak suap izzat makan.
    nak solat. nak mandi... adus.
    but sib baik ada member yg tegar layan citer ni.
    update every episod kat fb dia ha ha ha ha.... kira nyer tau jugak le pe jadik tiap episod.

    ReplyDelete
  5. sha tengok cerita ni sebab minat farah nabilah tu haha

    ReplyDelete
  6. panas hati juga tengok drama ni dulu

    ReplyDelete