Bercuti di Lone Pine Hotel Bersama Traveloka

by - October 30, 2017

Hai korang!! SIhat? Dua, tiga minggu  lepas aku busy hadiri undangan perkahwinan saudara-mara, kawan-kawan dan sahabat-andai. Alhamdulillah, masing-masing dah temui pilihan hati. Aku doa supaya perkahwinan tersebut berkekalan hingga akhir hayat. Yang baru kahwin  tu, meh aku nak cadangkan kepada korang tempat untuk korang honeymoon. Yang dah lama kahwin pon boleh pergi honeymoon. Bawakla anak-anak sekali..hehe. Okeh tempat yang aku nak cadangkan ni tak jauh mana pun. Masih dalam Malaysia. Jom bersantai di Lone Pine Hotel Penang yang awesome. Hotel ini ialah sebuah hotel dibawah syarikat hospitality Eastern & Oriental Berhad (E&O), yang terletak di Pantai Batu Ferringhi.


Kalau korang nak tahu, hotel ni memang diubahsuai menjadi tempat pilihan honeymoon dan wedding function sebab tema dan suasana di sini sememangnya romantik dan santai. Terdapat bilik yang menghadap pemandangan laut yang sangat mendamaikan dan bilik tersebut mempunyai  balkoni tersendiri dan halaman santai peribadi. Antara jenis bilik yang ditawarkan ialah Deluxe Room, Super Deluxe Room, Premier Room, Premier Garden Room, Deluxe Suite , Premier Suite, Grand Deluxe Suite dan Grand Premier Suite.

Lone Pine Hotel


Bahagian Hadapan Hotel
Lobi hotel

Bagi bilik jenis Deluxe mempunyai keluasan 45 meter persegi. Bilik ini menghadap laut. Sure korang yang menginap di sini dapat menikmati persekitaran yang begitu tenang. Bilik Super Deluxe pula berkeluasan 55 meter persegi juga menghadap laut dengan kemudahan day-bed area dan plunge bath at the balcony. Haa korang yang datang dengan keluarga tu boleh book bilik Premier. Bilik ini sesuai dan sempurna untuk keluarga dengan adanya 2 katil bersaiz Queen dan bilik mandi yang amat luas serta selesa. Bilik ini mempunyai keluasan lebih kurang 52 meter persegi. Di bilik Premier Garden menawarkan pemandangan yang hijau dan korang pasti dapat menikmati suasana alam semula jadi yang menghadap ke Laut Andaman. Boleh pilih nak bilik ada 2 katil bersaiz Queen atau King.
Bilik Super Deluxe



Suite Deluxe sememangnya awesome dengan keluasan 63 meter persegi. Persekitaran yang tenang sesuai untuk keluarga. Ruang tidur yang besar dan berasingan dengan ruang rehat. Dilengkapi dengan almari pakain tambahan. Korang siap boleh mandi manda kat plunge bath di balkoni sambil nikmati pemandangan indah di luar. Fuh!! confirm hilang segala stress. Bilik Suite Premier lagi besar. Bilik yang menghadap laut ini sememangnya menakjubkan dengan ruang tamu yang berasingan, balkoni, katil super king dan bilik mandi serba mewah dilengkapi dengan “his” and “ hers” hand-basins. Suite Grand Deluxe sama jer dengan Suite Premier just lebih luas sikit. Bagi bilik yang paling grand dan mahal iaitu Grand Premier Suite. Bilik yang mempunyai keluasan terbesar iaitu 118 meter persegi dilengkapi dengan 2 bilik tidur yang mewah dengan pemandangan laut yang super indah, ruang tamu yang besar, guest room, dining area dan kitchenette with luxurious master bathroom.
Suite Deluxe


Seperti yang korang maklum, hotel ni persis sebuah hotel butik yang mewah maka harga bilik boleh dikatakan agak mahal bermula RM500 ke atas untuk satu malam. Tapi berbaloilah dengan fasiliti yang disediakan oleh pihak hotel yang serba mewah pasti tidak akan mengecewakan korang. Antaranya ialah beberapa buah restoren yan sedap iaitu Bangalow, Matsu dan Batubar. Selain itu terdapat juga gymnasium, The Pure Pine Spa, Water Spot Recreation,  Night Live Band, Ballroom, Wedding Garden, Evening Camping dan macam-macam lagi.
swimming pool
Di Batu Ferringhi macam-macam juga korang boleh buat tau. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan ialah seperti mandi laut, wind-surfing, c, moonlight bay’s wet world wild, tak pun boleh amik pakej island cruise. Pakej tersebut membolehkan korang menerokai kawasan teluk dan lihat tempat-tempat menarik sekitar pulau. Malam pula jangan lupa untuk berjalan-jalan di Ferringhi Sidewalk Bazaar. Umpama pasar malam sepanjang jalan di Batu Ferringhi. Memang meriah dan pelbagai jenis barangan dijual dimana korang boleh beli sebagai buah tangan untuk kawan-kawan dan sedara mara. Tak gitu!

Actually, banyak lagi tempat menarik sekitar Batu Ferringhi yang korang boleh pergi. Nanti aku share dengan korang lain kali okeh. So sape- sape yang nak cari tempat honeymoon dalam  Malaysia boleh jadikan Lone Pine as salah satu list destinasi korang okey!! Confirm berbaloi dan aku yakin bila korang pergi pasti nak kembali lagi. Bercuti dalam Malaysia pun dah best kan!!
Hasil carian imej untuk pantai batu feringgi
Pantai Batu Feringgi

You May Also Like

7 comments

  1. Wah cantiknya hotel....sangat selesa nampak

    ReplyDelete
  2. Cantiknya hotel ni...i love traveloka...jimat dan mudah bersama traveloka๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  3. cantik nya hotel. best traveloka selalu bagi hadiah best2. dapat check in hotel lawa2

    ReplyDelete
  4. Betul tu jom cuti dgn traveloka hihi

    ReplyDelete
  5. Cantiknya hotel . Boleh plan bercuti dekat penang tahun ini , inshaaAllah .

    ReplyDelete
  6. wow I love those places.It looks amazing๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  7. Cantik view.. klu menginap lgi la rasa bahagia kan..selesa n mmpak mewah..

    ReplyDelete