Resepi Kek Span Choclate Cheese Leleh

by - August 10, 2017


Assalammualaikum 
Selamat petang khamis uols.. Petang ni nak share resepi kek span choc cheese leleh.. Atas permintaan my lovely sis lin liena yang terliur kek iols hihii.. Since kiteorang duduk jauh terpaksa la dia gigihkan diri dia buat kek sendiri hihii.. Kite tunggu pulek entry kek beliau hihii.. Ok chek it out resepi kat bawah tau.. X dapat amik pic step by step sbb rumit dengan anak bujang iols yang super kak nam mengacau.. And sambil2 nak siapkan order cust..


Resepi Kek Span Choc Cheese Leleh

  • 150 gm tepung super fine/tpng kek/tpng gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telor gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml susu segar
  • 80 ml minyak masak / mentega cair
  • Perisa vanilla
  • Coklat emulco
Cara-cara :
  1. Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa vanilla dan biarkan plain, satu bahagian lagi letak coklat emulco. Gaul sebati semuanya.
  5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  6. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
  7. Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias. 

UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
  •   1/2 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)



Cara menghias kek
  1. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  2. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  3. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  4. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong

irismyra
kek span choc cheese leleh


Selamat mencubaaaa...

You May Also Like

32 comments

  1. I'm sure my children will love to eat this cake too. Thanks for the recipe.

    ReplyDelete
  2. ya allah sedapnya cake^^

    http://aimisyafiqah.blogspot.com/2017/08/10-days-challenge-1.html

    ReplyDelete
  3. waduh kak! pos lah dekat rawang sikit. leleh air liur nie hahaha

    ReplyDelete
  4. Macam susah je watnyer...ala...kita tggu awak jelah wat kan eh..ngan durian crepe sekali tau sisπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha baik sis... Tp durian crepe x janji tkut xde stok durian hahha..

      Delete
  5. Kek feveret ccl ni . Resepi kalau dibaca memang senang . Tapi kalau ccl buat belum tentu jadi . Huhu

    ReplyDelete
  6. la.. senang aje rupanya eh.. hee~ nanti kakak boleh la try.. mana tau menjadi dan sedap..

    ReplyDelete
  7. Dah lah I is diet, nampak pula resepi sedap cenggini, mmg rasa nak makan .. meleleh liur..ish, tunggu after habis diet , nak try resepi ni, siap bookmarked lg, hehe.

    ReplyDelete
  8. Want to try this recipe. Looks good.

    ReplyDelete
  9. Alahai lazatnye. Lapo Pula mama tgk

    ReplyDelete
  10. ni cake favourite Cik Myea nii...

    ReplyDelete
  11. Cam senang je. Mohon ada kerajinan dalam diri untuk mencuba resipi nie. Thanks sebab sharing

    ReplyDelete
  12. Wow the cheese is filling up the chocolate cake. Must be cheesy and yummy.

    ReplyDelete
  13. Omg sedapnyee. Duk tengok sambil terliur huhu. Nak sikit!

    ReplyDelete
  14. TERLIUR DAH NI.... sudah dh la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala siann ibu preggy ni.. Sabar ye hihii

      Delete
  15. Lamanya x makan cheese kek...Adehhh

    ReplyDelete
  16. waduhh waduhhhh. buka entri ni time tengah malam pulakkkkk T-T
    belanja kc satu kek span choc cheese leleh ni kak eida pleaseeeeee *sambil buat muka comel* hehehe

    ReplyDelete
  17. Looks so good! Chocolate and cheese yummeeeeey! Two of my favorites into one.

    ReplyDelete
  18. Sedapnya nampak. Ana xreti nk masak kek semua ni. Selalu beli je :)

    ReplyDelete
  19. sedapnyaaa..suka makan kek..tapi nak buat tu lemah tu..hehehe

    ReplyDelete
  20. I always thought that sponge cake must be difficult to bake because it is so soft. Doesn't look like it from your recipe. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  21. Wow, cheese. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  22. Baca resepi saja pun dah terbayang keenakkannya..
    TQ for sharing ^_^

    ReplyDelete
  23. Mak aiii. Ni mendugaaaaa. Hahaha. Meleleh nak makan. Hahaha

    ReplyDelete
  24. OMG nak nangis...this looks delicious!!!! Mau jugak akak buat malam ni jugak hahahaha. Thanks for sharing!

    Love,
    Adriana
    http://www.adrianathani.com

    ReplyDelete